Monday, March 19, 2012

CERPEN


LAGU UNTUKMU…
Berkurun lama ku rahsiakan
Cintaku padamu…
Hanya kerna kau ratu laksana di singgahsana..
Di tasik ini pepohon cemara yang teguh meninggi
Bagai harapan ku kepadamu
Sekian lama...
Akan ku serah cinta abadi…
“Ishhhhhhhh… Ady ne dah xda lagu lain nak nyanyi? Asyik-asyik lagu tu, asyik-asyik lagu tu… Bosan Ella dengar tau… Ermmmm, nak lagu yang lain plak…
“Ehhh, ingat Ady ne radio boleh main request?. Kalau bosan, nyanyi lah sendiri cik Ella yang comot”.
“Apa Ady cakap? Ella comot yeeee… Nah ambik ne, Ella comot kannn…” Ella mencalitkan coklat ke pipi Ady yang hitam manis itu lalu bergema seluruh kawasan tasik tersebut dengan teriakan dan hilai tawa dua kanak-kanak riang itu tanpa mempedulikan orang-orang di sekeliling mereka..
“Ellaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Dah lah tu, Ady penat lah… Ady tau lah Ady x laju macam Ella… Jom balik, hari dah nak gelap dah ne… Kang x pasal-pasal Ady plak yang kena marah dengan mama Ella…”
Ady dan Ella, sahabat yang sangat akrab biarpn mereka sering dimarahi mama dan papa mereka kerana seperti belangkas, ke mana tetap berdua.. Kata mak Ady, x baik budak lelaki berkawan terlalu rapat dengan anak dara orang. Kata mama Ella pula, x manis anak perempuan bermain dengan lelaki. Walaupun mereka masih kanak-kanak tapi harus dinasihatkan dari awal seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah lewat, akan jadi seperti mencurah air ke daun keladi pulak. Masuk telinga kiri, akan keluar di telinga kanan. Tapi apalah yang ada pada kanak-kanak berumur 11 tahun kan, yang mereka tahu cuma pergi ke sekolah sama-sama, balik dari sekolah sama-sama, bermain bersama, ulangkaji bersama. Mujur x serumah, kalau x mungkin makan, tidur dan mandi juga bersama agaknya.
Ella seorang kanak-kanak lincah yang dikurniakan raut wajah yang comel dan manis, berdarah kacukan sepanyol tapi fasih berbahasa melayu memandangkan papa Ella sudah lama menetap d Malaysia, kemudian berkahwin dengan mama Ella seorang gadis tempatan yang cantik dan peramah. Ella merupakan anak tunggal pasangan tersebut. Mereka berpindah ke Sabah ketika Ella berumur 5 tahun kerana papa Ella ditugaskan di sana. Begitu juga dengan Ady, keluarga mereka berpindah ke Sabah kerana ayah Ady dipindahkan ke cawangan syarikat mereka di Sabah cuma bezanya keluarga Ady menetap di Sabah awal setahun dari keluarga Ella.
Ady gemar menyanyi, katanya bila sudah besar nanti mahu jadi penyanyi popular tanahair. Ella juga turut berkongsi hobi tersebut dan Ella merupakan pendengar setia Ady apabila mendendangkan lagu-lagu kegemarannya. Lagu kegemaran Ady ialah lagu rahsia pohon cemara, nyanyian kumpulan Exist. Katanya, lagu tersebut untuk Ella sebab Ella cantik macam puteri. Panjang hilaian tawa Ella tiap kali Ady bercakap mengenai perkara tersebut.
Setiap kali mereka bertemu, Ady pasti akan menyanyikan lagu tersebut untuk Ella dan kadangkala Ella turut sama menyanyikan lagu itu bersama-sama Ady. Mereka selalu bermain di tasik berhampiran dengan taman perumahan mereka dan duduk di buaian sambil menyanyi bersama-sama. Di sekolah pula, kawan-kawan mereka sering menggelarkan mereka pasangan kembar x seiras kerana sering bersama biarpun mereka sering diejek sebagai pasangan kekasih. Itulah keindahan zaman kanak-kanak, si A suka dengan si B. Memang sinonim dengan dunia kanak-kanak.
Ady dan Ella juga pernah membuat persembahan bersama sewaktu Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah mereka. Lagu yang menjadi pilihan kanak-kanak cilik itu lagu dendangan adik-beradik penyanyi Ella dan Korie, pergilah sayang.
Indah terasa bila cinta tercipta
Memadu kasih janji bersama
Bersama-sama melafaz kata cinta
Gurau senda dan tawa berdua…
Begitulah kisah persahabatan mereka. Biarpun masih kanak-kanal tapi seolah-olah mereka menjalani kehidupan dewasa sebagai sepasang kekasih. Pasti akan menjadi kenangan terindah buat mereka berdua apabila kedua-duanya telah menginjak dewasa kelak.
Suatu hari papa Ella membawa khabar. Mereka akan berpindah ke Semenanjung kerana papa Ella telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke sana. Riak wajah Ella berubah serta merta. Ingatannya melayang kepada Ady. Bagaimana reaksi Ady? Samakah dengan reaksi dirinya yang terkejut berbaur sedih dan macam-macam lagi yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Walaupun mereka masih dianggap terlalu muda untuk mengerti akan makna perpisahan namun baginya itu suatu kehilangan apatah lagi mereka telah bersahabat sejak berumur 5 tahun lagi. Semua itu tidak pernah terlintas di fikiran akan terjadi kepadanya suatu hari nanti. Dia akan kehilangan seorang teman, sahabat dan bahkan seseorang yang dianggap seperti abangnya sendiri memandangkan dialah satu-satunya puteri tunggal papa dan mamanya.
Keesokan harinya, Ady perasan sejak keluar dari pintu rumahnya, Ella hanya mendiamkan diri seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Ady mencubit pipi mulus Ella dan bertanya, namun Ella hanya memberikan alasan bahawa dia tidak berapa sihat. Padahal Ella sedang berfikir bagaimana untuk menyampaikan khabar yang dibawa papanya malam tadi. Ella juga tertanya apakah reaksi Ady nanti apabila mendengar berita tersebut. Apakah seperti dirinya. Pulang dari sekolah Ady menghantar Ella sehingga ke pintu rumahnya. Kepulangan Ella disambut mama dengan senyuman. Tiada salam seperti selalu, Ella hanya berlalu tanpa sedikit pun menoleh kepada Ady yang tercegat di luar pintu rumahnya. Mama kehairanan melihat gelagat anaknya. Ady kemudian bersalaman dan mencium sopan tangan mama Ella dan berkata “Aunty, Ella sakit. Sepanjang hari x bercakap masa di sekolah tadi. Ady yang risau dibuatnya. Esok kalau Ella masih sakit, nanti Ady bagitahu cikgu. X payah lah Ella ke sekolah”. Ady petah berbicara kepada mama Ella yang sudah dianggap seperti emaknya sendiri. Mama Ella hanya tersenyum dan mengangguk. Dalam hatinya, dia tahu apa sebenarnya yang mengganggu fikiran puterinya itu.
Mama Ella kemudiannnya bersuara “ Terima kasih Ady sebab jaga Ella selama ni. Mungkin Ella sedih tapi x apalah, nanti aunty pujuk Ella ya. Ady x payah risau”. Ady sedikit bingung, Ella sedih? Tapi sedih kenapa?. Melihatkan Ady mengerutkan dahi, mama Ella dapat meneka bahawa Ella belum menyampaikan berita semalam kepada Ady. Mama Ella kemudiannya menerangkan kepada Ady. “Ady, sebenarnya keluarga aunty akan berpindah ke semenanjung dalam masa dua hari lagi. Besok aunty dan uncle akan ke sekolah untuk menguruskan surat perpindahan Ella. Mungkin Ella x sanggup untuk bagitahu Ady, sebab Ella juga terkejut dan aunty tahu Ella memang x mahu tinggalkan tempat ni sebab ada Ady. X apalah, sekarang Ady balik dulu. Nanti petang Ady datang bawa Ella ke Taman Tasik. Biar Ella yang bagitahu Ady sendiri, ya…” Ady yang masih kebingungan hanya menganggukkan kepalanya.
Kepala Ady kosong sepanjanh perjalanan kerumahnya yang kurang 200 meter dari rumahnya. Dia seperti tidak percaya akan khabar yang didengarnya dari mulut mama Ella. Berbagai persoalan berlegar di kepalanya, kasihan Ella. Patutlah di sekolah tadi dia langsung x bercakap.
Petang itu Ady bertandang ke rumah Ella untuk mengajaknya ke Taman dengan harapan Ella akan memberitahunya sendiri mengenai khabar tersebut. Namun kelakuan Ella masih sama seperti pagi tadi, banyak berdiam. Ella sedikit pun tidak membuka cerita mengenai hal itu namun sebenarnya Ella sedang mengatur kata, sangkaan Ella bahawa Ady langsung belum mengetahui akan hal itu. Ady yang agak tidak sabar, cuba untuk mencungkil cerita. “Ellaaa, boring lah macam ni. Diammmm memanjang. Ella x ada apa-apa nak cakap dengan Ady? Mana tahu kannn, esok lusa kita duduk berjauhan. Mesti Ady rindu dengar suara Ella membebel, x ada orang yang nak dengar Ady nyanyi lagi”. Ella sedikit terganggu dengan tingkah Ady dan mukanya berubah masam dengan dahi yang berkerut. Ella kemudiannya membawa Ady pulang dan terlupa dengan niatnya untuk memberitahu Ady bahawa mereka akan berpindah. Ady menurut kata Ella, dia bangun dan menyanyi apabila melihat muka masam Ella masih berpanjangan.
Cepat benar engkau pergi
Hujan masih belum berhenti
Apa tak kena soalan ku tadi
Hatimu terusik kini
“Dah kenapa dengan lagu Ady hari ni?. Sedih semacam, Ella x suka lagu tu. Kalau nak nyanyi, nyanyi lagu lain…” . Nada suara Ella sedikit berbeza seperti menahan marah yang ditahan kerana lagu yang sedikit terkena padanya. Ady hanya tersenyum dan bersuara dengan nada nakal, “Tambah comel kalau Ella marah-marah manja macam tu, Ady tetap suka…” Dia terhibur melihat tingkah Ella dan menyambung lagunya yang terputus tadi.
Terpaksa ku berlari memintasmu dari pergi
Akan ku belai rambutmu yang basah
Masih terserlah ayunya wajahmu
Walaupun marah
Walaupun marah ayu wajahmu masih terserlah
Oohhh ayu wajahmu…
Ady kemudiannya mendiamkan diri, begitu juga dengan Ella. Mereka saling menunggu untuk bersuara. Suasana hening seketika, yang kedengaran hanya tapak kaki mereka sahaja. “Ady…” “Ella…” keduanya serentak bersuara dan keadaan itu membuatkan mereka tertawa. “Ella cakap dulu..” Ady memberi ruang untuk Ella bersuara. Ella kemudiannya cuba untuk bersuara setenang mungkin. “ Sebenarnya Ella x tahu nak mula dari mana. Dari pagi tadi Ella cuba bagitahu Ady tapi Ella…” Ella terdiam, setitis mutiara jernih jatuh di pipi mungilnya.
Ady terkedu seketika melihat keadaan Ella. Dia kemudiannyacuba untuk membuat Ella tenang. “Ella… Sebenarnya Ady dah tahu, mama Ella dah bagitahu tengahari tadi. Jadi Ella x payah risau. Ady sedih untuk berpisah dengan Ella tapi keadaan c mengizinkan untuk kita terus bersama kan. Jadi kita kena redha. Walau apapun, dimanapun Ella dan Ady berada, Ady akan selalu ingat dengan Ella. Ady harap Ella pun begitu yeeeee…..” Ady mencubit pipi Ella yang masih basah dengan airmata. Ella hanya tertawa kecil biarpun di hatinya masih tersisa sedih yang bertamu.
Keesokannya Ella ke sekolah dengan mama dan papanya untuk mengambil surat berhenti sekolah. Ady turut bersama mereka. Ady dan Ella tidak berhenti bercerita sesama mereka seolah tiada esok. Mama dan papa Ella hanya membiarkan gelagat anak mereka dan Ady yang jua sudah dianggap seperti anak mereka sendiri.
Petang itu, Ady ke rumah Ella untuk menolong Ella mengemaskan barang-barang yang hendak dibawa. Selesai mengemaskan barang-barang Ella, mereka meminta kebenaran mama dan papa Ella untuk ke Taman Tasik. Mereka hanya mengangguk tanda mengiyakan permintaan tersebut.
Dalam perjalanan ke taman, Ella meminta Ady untuk menyanyikan lagu untuknya. Ady menyanyikan lagu kegemarannya, Rahsia Pohon Cemara nyanyian kumpulan Exist.
Akan ku serah cinta abadi
Menyerlah sinar malam sepimu
Akan menjadi penawar lukamu
Warna hatimu
Akan ku bawa kau mengembara
Menerokai alam asmara
Menubuh kota cinta kita
Ella hanya mengikut rentak langkah Ady. Ady tidak membawa Ella ke Taman Tasik yang selalu mereka kunjungi sebaliknya Ady membawa Ella ke kedai runcit yang terletak bersebelahan dengan taman tersebut. Ella mengerutkan dahi dan menoleh kea rah Ady dengan dahi yang sedikit berkerut. Ady hanya tersengih mempamerkan giginya yang tersusun rapi. Ella senang melihat Ady begitu. Ady memberikan isyarat untuk Ella menunggunya di luar kedai runcit tersebut, katanya ingin membeli sesuatu untuk Ella jadikan kenangan. Ella hanya menurut dan Ady berlalu ke dalam kedai tersebut. Tidak lama kemudian, Ady keluar dengan senyuman lebar tapi tidak kelihatan apa-apa ditangannya. Dia lantas menarik tangan Ella membawanya berlalu dari tempat itu. Kali ini giliran Ella, dia memberikan isyarat kepada Ady supaya menunggunya pula sementara dia masuk ke dalam kedai runcit. Ady hanya menurut seperti kerbau dicucuk hidung. Mencuit hati tingkah dan telatah mereka berdua.
Mereka kemudiannya menghala ke Taman Tasik dan duduk di buaian di tepi tasik tersebut. Ella menunggu apa yang hendak diperkatakan oleh Ady. Ady kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari pocket seluarnya. Gula-gula cincin yang digemari kanak-kanak kerana ianya disertakan dengan sebentuk cincin dalam pelbagai warna dan bentuk. Ady kemudiannya menyorongkan gula-gula cincin tersebut kepda Ella.
Ella tersenyum sambil mancapai gula-gula cincin yang berwarna biru berbentuk hati untuknya itu. Memang itu dikhaskan untuknya kerana warna kegemaran Ella ialah warna Biru manakala warna kegemaran Ady pula hijau. Sejurus kemudian, Ella pula mengeluarkan gula-gula cincin yang sama dan menyerahkan kepada Ady juga berbentuk hati dan berwarna hijau iaitu warna kegemaran Ady. Mereka kemudiannya membuka cincin tersebut dan memakai cincin mereka masing-masing di jari manis mereka dan akhirnya mereka tertawa bersama. Mereka berjanji untuk menyimpan cincin tersebut sebaiknya dan tidak akan melupakan antara satu sama lain.
Mereka kemudiannya menghabiskan masa bersama-sama. Berborak dan berketawa bersama. Entah bila mereka akan bertemu kembali apabila telah berpisah nanti. Ady sekali lagi menyanyikan lagu kegemarannya itu atas permintaan Ella sendiri biarpun selalunya Ella bosan mendengar lagu itu berulangkali dari mulut Ady.
Berkurun lama kurahsiakan
Cintaku padamu
Hanya kerana kau ratu laksana
Di singgahsana
Di tasik ini pepohon cemara
Yang teguh meninggi
Bagai harapanku kepadamu
Sekian lama…
Mereka berdua hanya mampu tersenyum. Mereka mengimbas kembali kenangan sewaktu mereka masih kecil sehinggalah mereka akan berpisah kini. Kata Ady, dia akan merindui Ella kelak dan x mungkin akan ada yang dapat menggantikan tempat Ella disisinya nanti.
Keesokan harinya, seawall jam 7 pagi mereka bersiap untuk berpindah. Ella berkali-kali melihat ke arah pintu pagar rumahnya mencari kelibat Ady. Namun Ady di rumah masih serba salah sama ada hendak menghantar pemergian Ella dan keluarganya atau tidak. Dia takut kalau-kalau airmatanya akan mengalir melihat Ella pergi meninggalkannya. Ady mengambil keputusan untuk melihat Ella dari jauh di balik rimbunan pokok-pokok agar tidak terlihat oleh Ella. Mama dan papa telah berkali-kali memanggil Ella untuk masuk ke dalam kereta kerana mereka akan berangkat sebentar lagi.
Dengan perasaan berat, Ella masuk ke dalam kereta sambil menoleh kearah jalan ke rumah Ady. “Ella, maafkan Ady. Ady x sanggup menghantar pemergian Ella. Ady doakan Ella gembira di tempat baru nanti dan mendapat teman baru. Ady harap Ella x akan lupakan Ady sepertimana Ady x akan melupakan Ella sampai bila-bila.
Sementara Ella yang telah berada dalam kereta masih menoleh kebelakang sekiranya ada kelibat Ady namun hampa. “Ady, kalau ada jodoh kita akan berjumpa kembali. Ella janji Ella x akan lupakan Ady, cincin ni akan Ella jaga seperti mana Ady jaga Ella selama ni”.
Ady begitu merasa kehilangan Ella. Dia berazam untuk meneruskan kehidupannya dan berharap suatu hari nanti dia akan bertemu semula dengan Ella. Begitu juga dengan Ella, harapannya agar, keadaan mereka masih sama apabila mereka bertemu kembali kelak tidak kira di mana dan bila masanya. Mereka akan menanti saat tersebut.
Ady masih dengan hobinya yang sentiasa mengingatkannya kepada Ella…
Dikala ku keseorangan
Kenangan pun datang menjelma lagi
Terbayang saat-saat yang manis ketika bersama dahulu
Tak tertahan menanggung rindu
Disaat kau berjauhan dariku
Bayanganmu selalu datang menjelma
Membuat teguhnya cintaku
***
BERSAMBUNG